top of page
  • Writer's pictureSiti Nur Amirah

3 cara mudah untuk jadikan makanan tradisional sihat dan mesra diet

Updated: 5 Jan 2023


Azam tahun baharu anda adalah untuk makan makanan tempatan yang sihat dan mesra diet? Anda telah jumpa artikel yang tepat!


Makanan tradisional sering kali di salah anggap sebagai makanan yang tidak sihat oleh masyarakat kita. Malah, setiap kali berdiet, sebahagian kecil masyarakat kita akan terus buang masakan tradisional daripada menu harian mereka. Sebenarnya, makanan tradisional tidak bersalah. Mari Majalah Kunyah kongsikan 3 cara mudah untuk jadikan makanan tradisional sihat dan mesra diet!


Bakar dan goreng menggunakan air fryer

Tidak dapat dinafikan, sebahagian besar makanan tradisional seperti cucur udang misalnya digoreng dalam kuantiti minyak yang banyak. Hal ini menyebabkan makanan yang pada asasnya terdiri daripada bahan-bahan yang sihat menjadi berminyak dan tidak sihat.


Inovasi teknologi perkakasan memasak moden kini membolehkan kita untuk menggoreng tanpa menggunakan minyak langsung, atau menggunakan minyak dalam kuantiti yang sedikit. Anda boleh cuba berinovasi untuk buat cucur udang menggunakan air fryer. 


Sebenarnya, ramai content creator dan influencer masakan di media sosial yang telah kongsikan resipi dan tips untuk goreng cucur dan pelbagai lagi kuih tradisional menggunakan air fryer dan ketuhar. Klik di sini untuk lihat salah satu cara goreng cucur udang air fryer yang dikongsikan oleh Riha Jamil di Youtube nya.


Gambar pulut yang ditanak menggunakan air fryer. Gambar hiasan daripada Resipi Air Fryer


Ganti gula putih dengan pemanis 0 kalori

Ini merupakan rahsia ibu penulis dalam memastikan masakannya mesra diet dan mesra diabetes- beliau sentiasa menggantikan gula putih dengan pemanis 0 kalori. Terdapat pelbagai jenis pemanis 0 kali yang dijual di pasaran hari ini. Terdapat pemanis yang dijual dalam bentuk tablet, cecair, dan guna bentuk serbuk seperti gula putih. 



Antara jenis pemanis stevia dalam bentuk serbuk seperti gula putih yang dijual di pasaran. Gambar oleh: Siti Nur Amirah, wartawan Majalah Kunyah.


Makan dalam kuantiti suku-suku-separuh

Majalah Kunyah pernah kongsikan mengenai kuantiti makanan yang sihat dan cara mengira kalori dalam makanan tradisional dalam artikel-artikel kami sebelumnya. Anda boleh baca artikel tersebut di pautan ini.


Secara ringkasnya, makanan tradisional sebenarnya sihat sekiranya ia dimakan dalam kuantiti yang sihat, iaitu suku pinggan karbohidrat, suku pinggan protein, dan separuh pinggan sayur-sayuran dan buah-buahan. Tidak dinafikan, kebanyakan makanan tradisional seperti nasi lemak, dan nasi kerabu misalnya dijual dalam kuantiti yang tidak sihat, iaitu kandungan karbohidrat melebihi kandungan sayur. Namun, sebagai pengguna, kita boleh mengawal kuantiti makanan dan kalori yang diambil dalam pemakanan kita.


Cadangan admin Majalah Kunyah: lebihkan timun dalam nasi lemak, dan kurangkan kuantiti nasi lemak yang diambil. Manakala, untuk nasi kerabu pula, jangan lupa minta ulam lebih, dan nasi kurang!


Contoh gambar kuantiti makanan sihat. Infografik daripada Portal Kementerian Kesihatan Malaysia.

9 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


Post: Blog2_Post
bottom of page