top of page
  • Writer's pictureSri Abhirami

Kelveraghu Puttu dapat bantu kawal paras gula dalam darah

Updated: 19 Jan 2023


Kelveraghu Puttu. Gambar hiasan daripada Yummy Tummy Aarthi


Kelvaraghu juga dikenali sebagai ragi dalam Bahasa Melayu. Pada zaman dahulu, ragi pertama kali ditanam di wilayah Hallur Karnataka iaitu pada Zaman Besi dan kemudian ia kekal sebagai salah satu pilihan makanan ruji Karnataka.


Kelvaraghu juga merupakan tumbuhan tahunan yang ditanam secara meluas di kawasan gurun di Afrika dan Asia. Menurut ahli sejarah terkenal, K.T. Achaya, Kelvaraghu berasal dari Afrika Timur dan datang ke India sekitar 2000 SM.


Di India, tanaman ragi itu mungkin diperkenalkan 4000 tahun dahulu, dan telah ditemui dalam penggalian arkeologi dalam Tamadun Harappan.


Puttu pula berasal daripada Sri Lanka pada abad ke-15. Di Assam,puttu juga dikenali sebagai Sungapitha. Puttu turut disebut dalam buku penyair Tamil abad ke-15 Arunagirinathar 'Thirupugazh'. Ia merupakan sarapan yang sangat popular di Kerala, India dan juga Malaysia.


Kannamma Thoppaiah, 73, ketika ditemu bual oleh Majalah Kunyah berkata kelvaraghu puttu merupakan makanan yang paling sihat. Hal ini kerana beliau sendiri mengamalkan makan kerana beliau percaya kelvaraghu ataupun ragi akan mengurangkan masalah penghadaman, menstabilkan paras gula dan juga mengenyangkan.


Selain itu, ia juga dikatakan dapat bantu dapat membantu menurunkan berat badan, membantu menurunkan tekanan darah, dan juga membantu mengurangkan jerawat.


Kannamma juga menekankan bahawa boleh membuat pelbagai makanan daripada kelvaraghu seperti koozh, kelvaraghu thosai, kelvaraghu kanji, ragi kali, kelvaraghu idli, ragi kaara adai dan sebagainya.


Disunting semula oleh: Siti Nur Amirah



24 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


Post: Blog2_Post
bottom of page