![](https://static.wixstatic.com/media/a78379_47a26a8d35564bfd93b3697093c1fbc9~mv2.png/v1/fill/w_980,h_980,al_c,q_90,usm_0.66_1.00_0.01,enc_auto/a78379_47a26a8d35564bfd93b3697093c1fbc9~mv2.png)
Bagi penganut agama Hindu, Koozh merupakan bubur yang sering menjadi juadah yang diberikan sebagai prasadha di Kuil Mariamman semasa bulan Aadi yang penuh keberkatan.
![](https://static.wixstatic.com/media/a78379_fdaf8858a64e47f6b6d330ad20fff799~mv2.jpg/v1/fill/w_980,h_551,al_c,q_85,usm_0.66_1.00_0.01,enc_auto/a78379_fdaf8858a64e47f6b6d330ad20fff799~mv2.jpg)
Bubur Aadi sebelum disembahyang. Gambar oleh Kirubasani A/P Nadarajan.
Selain menjadi prasadha, koozh juga bagus untuk kesihatan dan diet kerana ia dipercayai mengandungi kalsium, za besi dan asid folik. Khasiat-khasiat ini dapat membantu anda untuk
Mengurangkan berat badan
Menurut Dr. Pakhi Sharma, MMBS, Koozh dapat membantu mengurangkan berat badan. kerana ia mengandungi tinggi. Serat mengambil masa lebih lama untuk dihadam daripada karbohidrat, dan dengan itu ia memberikan anda berasa kenyang lebih lama. Ini boleh mengurangkan pengambilan kalori anda dengan mengelakkan makan berlebihan.
Koozh akan mengawal paras gula dalam darah
Menurut blog Sarah Gaur, salah satu kebimbangan penting pesakit diabetes ialah kesukaran luka untuk sembuh. Walau bagaimanapun, beberapa kajian mendapati bahawa makan bijirin dapat mempercepatkan proses penyembuhan luka, meningkatkan status antioksidan, dan mengawal paras glukosa darah. Tambahan pula, kandungan serat tinggi dalam ragi boleh mengurangkan paras gula darah.
Membantu pencernaan dengan mudah
Koozh mengandungi kalsium dan kalium yang paling tinggi. Ragi, bahan utama dalam Koozh, juga dikenali sebagai sumber zat besi yang hebat. Ia dapat membantu mengawal penghaislan tahap hemoglobin dalam badan . Hal ini baik untuk perut dan proses pencernaan yang sihat.
Comments