top of page
  • Writer's pictureKirubasani A/P Nadarajan

3 Manfaat Air Kelapa Muda Yang Anda Wajar Tahu

Updated: 18 Jan 2023



Air kelapa muda bukanlah minuman asing dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.


Secara tradisionalnya, air buah ini diminum untuk membasahkan tekak ketika cuaca panas, dan dijadikan ramuan penting dalam perubatan tradisional.


Namun, tahukah anda bahawa air kelapa muda sangat berkhasiat sehingga ia boleh menjadi pengganti air manis yang banyak dijual di pasaran hari ini?


1. Air kelapa muda mengandungi nutrisi penting untuk badan


Bukan sahaja sedap diminum, air kelapa juga mengandungi pelbagai khasiat yang diperlukan oleh badan kita untuk berfungsi secara optimum. Menurut MStar, satu hidangan air kelapa muda mempunyai 9 gram karbohidrat, 3 gram serat, 10% keperluan Vitamin C harian, 15% keperluan magnesium harian, 7% keperluan kalium harian, dan 11% keperluan natrium harian.


Menurut Hello Doktor pula, air kelapa muda juga baik untuk kesihatan kerana ia dapat seimbangkan kandungan elektrolit badan. Kandungan kalium dalam air kelapa muda dikatakan membantu mengawal tekanan darah tinggi dalam badan pesakit hipertensi. Manakala, indeks glisemik air kelapa muda (GI 3) yang rendah pula menjadikannya sihat untuk pesakit diabetes.


Laporan SAYS.com pula menyatakan air buah ini dapat bantu mempercepatkan proses pencernaan. Tambahan pula, air kelapa yang kaya dengan kandungan fiber boleh mengelakkan daripada berlakunya masalah penghadaman dan masalah sembelit.


Air kelapa memberikan banyak kebaikan kepada wanita hamil juga disebabkan air kelapa dapat meningkatkan metabolisme mereka.



Air kelapa muda yang dijual di tepi jalan


2. Air kelapa muda punyai kandungan kalori yang rendah


Satu hidangan air kelapa sebanyak 200 ml mengandungi 48 kalori sahaja. Berbanding dengan air manis lain, air yang diminum secara tradisional ini lebih bermanfaat buat badan kita kerana ia bukan sahaja mempunyai nilai kalori yang rendah, malah ia juga mengandungi kandungan gula dan lemak yang rendah.


3. Air kelapa muda kekalkan hidrasi badan


Air kelapa muda juga dapat kekalkan hidrasi badan kerana keupayaannya untuk seimbangkan kandungan elektrolit dalam badan kita seperti air minuman isotonik. Oleh itu, air buah ini amat sesuai diminum sepanjang tahun kerana ia boleh mengelakkan badan kita daripada dehidrasi.


Dalam erti kata lain, air kelapa muda amat sesuai dengan iklim negara kita yang panas dan lembab sepanjang tahun.


Bonus: air kelapa muda boleh bantu anda kurangkan berat badan


Sekiranya diminum tanpa gula, air minuman tradisional ini bebas daripada kandungan lemak dan kolesterol. Dengan nilai kalori yang rendah, ia sesuai untuk kurangkan berat badan kerana ia dapat membantu anda mengawal jumlah kalori harian anda.


Selain itu, menurut Hello Doktor, air kelapa muda juga kaya dengan asid laurik yang dapat mengawal nafsu makan yang berlebihan.


Memang tidak dapat dinafikan bahawa air buah yang diminum secara tradisional ini mempunyai pelbagai khasiat dan manfaat buat tubuh badan kita. Ini hanyalah 3 manfaat yang Majalah Kunyah kongsikan kepada anda.


Hakikatnya, terdapat 1001 khasiat lain yang masih belum diterokai. Oleh itu, tidak sewajarnya kita lupakan minuman tradisional yang telah menjadi pilihan nenek moyang kita sejak zaman berzaman, bukan?



Disunting semula oleh Siti Nur Amirah



Sumber:



7 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

ความคิดเห็น


Post: Blog2_Post
bottom of page