top of page
  • Writer's pictureSiti Nur Amirah

Bahan masak tradisional yang difitnah sebagai tidak sihat




Makanan tradisional sering kali dianggap tidak sihat kerana ia mengandungi bahan-bahan yang dianggap berlemak dan berkolestrol tinggi. Malangnya, tidak semua tanggapan itu betul, malah sebahagian tanggapan tersebut juga sebenarnya salah! Ini 2 bahan memasak tradisional yang difitnah sebagai tidak sihat.


Santan



Santan segar. Gambar hiasan daripada Kelapa Oasis


Memetik artikel terbitan Harian Metro, santan segar tidak mengandungi kandungan kolestrol tinggi seperti yang dimomokkan sejak dahulu lagi.


Menurut Pegawai Perubatan Columbia Asia Hospital, Dr S Malar Santhi ketika ditemu bual oleh Harian Metro, santan segar hanya mengandungi lemak , tetapi tidak mengandungi kolestrol kerana ia berasal daripada tumbuh-tumbuhan.


Oleh itu, tidak sepatutnya kita menfitnah santan sebagai tidak sihat kerana menurut Dr Malar lagi, jenis makanan, kekerapan makan dan kuantiti santan yang diambil sebenarnya mempengaruhi kadar kolestrol dalam badan kita.


"Walaupun santan tidak mempunyai kolesterol, kandungan kalorinya adalah tinggi. Sebab itu, orang dahulu seperti nelayan dan petani mengambil santan bagi mendapatkan lebihan kalori untuk melakukan kerja berat," katanya kepada Harian Metro.


Gula Melaka



Gula melaka. Gambar hiasan daripada Sinar Harian.


Selain santan, gula melaka juga sering difitnah kerana ia merupakan sejenis gula yang seringkali dianggap sebagai punca penyakit 3 serangkai di Malaysia.


Namun, menurut Sinar Harian, gula melaka dapat menggalakkan tidur yang nyenyak, sejukkan badan semasa hari panas, dan mengurangkan simptom anemia.


Memetik artikel yang sama, gula melaka dikatakan mengandungi kandungan selenium yang dapat membantu lancarkan saraf otak. Minum minuman berasaskan gula melaka dikatakan dapat membantu anda mendapat tidur yang nyenyak.


Kandungan zat besi yang tinggi dalam gula melaka juga membantu mengawal simptom anemia dalam kalangan pesakit anemia, dan juga dalam kalangan wanita yang sedang haid.



Selain gula melaka dan santan, bahan masak makanan tradisional yang mana lagi yang sering difitnah oleh masyarakat kita sebagai tidak sihat? Kongsikan dengan Majalah Kunyah di ruangan komen!



11 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


Post: Blog2_Post
bottom of page