top of page

Sarapan tradisi sihat bersama Idli

  • Writer: Siti Nur Amirah
    Siti Nur Amirah
  • 11 Jan 2023
  • 1 min membaca

Updated: 17 Jan 2023

Siapa cakap makan makanan tradisi ketika sarapan tidak sihat?


Banyak sebenarnya makanan tradisional yang sihat dan mengenyangkan yang sesuai dimakan semasa sarapan pagi agar anda kekal bertenaga sepanjang hari. Antara makanan tersebut adalah Idli!



Kombo sedap untuk makan Idli adalah bersama Cutni. Gambar oleh Harinia Mathialagan


Idli rendah lemak


Menurut B&B Organics, Idli merupakan sarapan yang digemari di Selatan India. Ia dikukus menggunakan bancuhan beras dan kacang dhal uluthu yang ditapaikan.


Idli merupakan makanan yang rendah kalori. Menurut My Fitness Pal, 1 hidangan Idli hanya mengandungi 55 kcal sahaja.


Selain itu, ia juga mengandungi kaya dengan karbohidrat, serat, dan protein, tetapi rendah lemak. Menurut B&B Organics, disebabkan kandungan protein dan serat yang tinggi, idli amat sesuai untuk individu yang ingin kenyang dengan lebih lama dan kawal berat badan.


Oleh itu, jangan salah anggap bahawa makanan tradisional tidak sihat. Ia sebenarnya sihat sebenarnya sekiranya kita kawal kuantiti dan cara masakan.


Comments


Post: Blog2_Post
bottom of page