Ponggal juadah wajib semasa Perayaan Pongal
- Kirubasani A/P Nadarajan
- 11 Jan 2023
- 1 min membaca
Updated: 17 Jan 2023
Makanan dan adat resam tidak dapat dipisahkan.
Bagi etnik India, kami menyambut perayaan Ponggal setahun sekali pada awal tahun iaitu pada setiap 14 atau 15 Januari. Selalunya perayaan pongal akan disambut selama empat hari.
Pada hari pertama
Bhogi Pandigai disambut pada hari terakhir pada bulan Margazhi mengikut kalendar kaum India. Pada hari tersebut, kebiasaannya pakaian atau barang lama akan dibakar.
Aktiviti ini membawa maksud kita sebagai manusia hendaklah membuang tingkah laku atau corak pemikiran yang negatif dan memulakan hari berikutnya dengan pemikiran yang positif.
Pada hari kedua
Thai Ponggal - Perayaan pongal akan dirayakan pada hari tersebut dengan meriah. Keistimewaan perayaan pongal ini adalah juadah Pongal ( sejenis nasi manis) akan dimasak dengan menggunakan periuk belanga tanah liat.
Ketika Pongal dimasak dan susu melimpah keluar dari periuk kaum india akan menjerit “Pongalo…. Pongal” sebanyak 3 kali.

Gambar ponggal ketika dimasak. Gambar oleh Kirubasani A/P Nadarajan.
Pada hari ketiga
Mattuu Pongal- Mattu pongal di raihkan untuk menghormati dan berterima kasih kepada pengembala lembu yang membantu dalam pertanian dengan mewarnakan tanduk lembu, memakaikan kain berwarna dan kalungan bunga serta memberi makanan kepada haiwan yang berjasa iaitu Ponggal.
Pada hari keempat
Kaanum Ponggal - Disambut oleh golongan wanita yang belum kahwin dan mendoakan agar mereka mendapatkan jodoh dan kehidupan perkawinan yang bahagia.

Kolam Ponggal yang wajib dilakukan semasa perayaan ini. Gambar oleh: Kirubasani A/P Nadarajan.
Secara amnya, Pongal di sambut untuk meraihkan petani kerana memberi makanan kepada kita dan perayaan ini berasal daripada India dan di negara tersebut perayaan ini disambut dengan lebih meriah berbanding di Malaysia.
Perayaan ini disambut untuk meraihkan petani dan percaya dengan slogan “Thai Piranthal Vazhi Porakum” yang membawa maksud tahun baru akan menjadi permulaan yang baik.
Disunting oleh: Siti Nur Amirah
Comments