top of page
  • Writer's pictureSri Abhirami

Theepu Garelu manisan “padaiyal” yang disembah kepada Tuhan

Updated: 19 Jan 2023

Theepu Garelu manisan budaya Telugu



Theepu Garelu. Gambar oleh Sri Abhirami


Theepu Garelu atau nama lainnya Bellam Garelu berasal daripada Perumallapuram, Tamil Nadu, India. Menurut Santra Devi Prabu, 22, seorang mahasiswi di Universiti Sains Malaysia (USM), yang mengamalkan budaya telugu secara turun-temurun, Bellam atau Theepu bermaksud gula melaka manakala garelu bermaksud Vadai.


Theepu Garelu adalah manisan vadai yang direndam dalam sirap gula melaka selama sehari atau dua hari.


Banyak perayaaan Hindu memerlukan penganutnya untuk menghasilkan theepu garelu atau minapa garelu untuk memberikan sebagai “padaiyal” iaitu makanan kepada Tuhan.


Manakala menurut Nagenthararao Sivaraman, 22, pula berkata bahawa keluarganya akan membuat manisan ini untuk Ponggal, Deepavali, Ugadhi, Bhogi, Hanuman Jayanthi, Bonalu dan Vaikunta Ekadasi.


Sebelum perkahwinan, komuniti telugu akan melakukan sesuatu perjumpaan dengan keluarga bakal menantu perempuan dan bakal menantu lelaki. Nama majlis tersebut adalah pappupulu. Semasa majlis itu, manisan theepu garelu akan dihidangkan supaya dapat membina imej yang baik kepada kedua-dua keluarga.


Menurut Nagen, Theepu garelu boleh buat dengan urid dhal (ulundhu maavu) dan tidak perlu mengacuhkan dengan bahan-bahan lain. Campurkan air dengan ulundhu maavu dan bentukkan seperti vadai. Akhirnya, gorengkan dalam minyak dengan ranggup.


Pada masa yang sama, perlu menyediakan theepu iaitu sirup gula melaka tersebut. Dengan menggunakan gula melaka dan garam, cairkan dalam kuali dengan api yang rendah supaya ia tidak akan terbakar.


Seterusnya letakkan vadai atau garelu dalam sirup gula melaka dan campurkan dengan sebati selama 30 minit. Hal ini disebabkan oleh garelu itu mestilah rendam sebaik-baik. Theepu garelu akan menjadi lembut dari ranggup. Theepu garelu sedia untuk dihidangkan.



17 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


Post: Blog2_Post
bottom of page