top of page

Begini cara mudah untuk kira kalori makanan tradisional

Writer's picture: Siti Nur AmirahSiti Nur Amirah

Updated: 25 Dis 2022

Makanan tradisional tidak sihat dan menggemukkan


Sudah tiba masanya kita ubah persepsi ini. Makanan tradisional dan warisan seperti makanan yang lain tidak bersalah. Kunci utama dalam amalan pemakanan kita adalah kuantiti.


Dalam menentukan kuantiti makanan tradisional yang sewajarnya, anda perlu tahu cara pengiraan kalori. Kalori adalah nilai tenaga yang terkandung dalam makanan. Kandungan kalori dalam setiap makanan adalah berbeza.


Keperluan harian kalori juga adalah berbeza mengikut individu. Wanita dewasa memerlukan 1500 kalori sehari, manakala lelaki dewasa pula perlukan 2000 kalori sehari.


Secara amnya, nilai kalori dalam karbohidrat, protein, dan lemak adalah seperti berikut:


  • 1 g karbohidrat = 4 kalori

  • 1 g protein = 4 kalori

  • 1 g lemak = 9 kalori


Kira kalori dengan mudah dan pantas dengan aplikasi telefon pintar





Teknologi sudah canggih, segalanya kini hanya di hujung jari. Pasukan Majalah Kunyah mencadangkan anda untuk guna aplikasi seperti MyFitnessPal untuk kira kalori dan anggar kuantiti makanan yang perlu diambil.


Yang paling penting, aplikasi pengiraan kalori ini adalah percuma dan mengandungi katalog kalori makanan yang pelbagai, termasuklah makanan tradisional dan warisan.




Nilai kalori dalam sebiji tapai dalam MyFitnessPal



Nilai kalori dalam 500gram nasi ulam dalam MyFitnessPal



Nilai kalori dalam 1.5 cawan nasi lemak dalam MyFitnessPal


Mudah bukan? Bagaimana pula cara anda mengira kalori dalam makanan? Aplikasi apakah yang anda guna dan anda rasa lebih mesra masyarakat tempatan di Malaysia? Kongsikan dengan kami di ruangan komen di bawah!




17 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


Post: Blog2_Post
bottom of page