top of page
  • Writer's pictureKirubasani A/P Nadarajan

Tips naikkan view video TikTok daripada AisyaJWay

Updated: 19 Jan 2023




TikTok merupakan antara platform media sosial yang semakin popular dalam kalangan masayrakat, terutamanya dalam kalangan Generasi Z.


TikTok bukan sahaja boleh untuk muat naik video pendek yang menghiburkan, tetapi ia juga merupakan platform yang amat sesuai untuk mempopularkan kembali makanan tradisi yang semakin lama semakin dilupakan. Anda juga boleh menjana pendapatan menerusi Live TikTok dan ulasan produk.


Ketika ditemu bual oleh Majalah Kunyah, content creator, AisyaJWay telah kongsikan cara untuk meningkatkan View bagi sesuatu video yang ditularkan dalam aplikasi Tik Tok. Berikut panduan yang beliau amalkan:


  • Penggunaan Hashtag

Sekiranya kita tularkan video makanan, maka hashtag yang digunakan untuk video tersebut hendaklah berkaitan dengan makanan.

  • Tularkan video 3 kali dalam masa seminggu

  • Muat naik kandungan yang berkualiti

  • Penggunaan Tik Tok secara konsisten

  • Bekerjasama dengan agensi Tik Tok untuk mendapatkan bayaran mengikut syarat yang ditetapkan.


Manakala, menurut Adlan khalidi seorang penulis blog, menyatakan bahawa sekiranya kita hendak viralkan sesebuah video di Tik Tok kita harus mempunyai niat dan matlamat bagi video tersebut. Malah, kita juga harus kenal pasti target audiens kita agar video kita dapat ditayangkan sebagai ‘For You’ di aplikasi tersebut.


Malah, menurut aplikasi Tik Tok pula, kategori dan genre yang ditayangkan juga agak penting untuk menarik perhatian audiens dan menggunakan format video yang sama. Video yang ditayangkan hendaklah dalam durasi yang pendek agar tidak membosankan penonton.




Sumber:

AisyaJ Way


Disunting semula oleh: Siti Nur Amirah


8 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Komentar


Post: Blog2_Post
bottom of page