top of page
  • Writer's pictureSiti Nur Amirah

3 cara untuk ambil gambar makanan macam pro

Updated: 19 Jan 2023




Tak lengkap rasanya kalau tak ambil gambar sebelum makan. Pasukan Majalah Kunyah bukanlah fotografer profesional, tetapi kami juga gemar ambil gambar makanan guna telefon pintar.


Siapa cakap telefon mahal sahaja dapat hasilkan gambar yang berkualiti? Telefon model apa-apa pun dapat menghasilkan gambar yang menarik!


Mari kami kongsikan cara mudah untuk ambil gambar makanan guna telefon pintar, tetapi kualiti macam profesional.


1. Pencahayaan sangat penting.

Berdasarkan pengalaman singkat kami menghasilkan Majalah Kunyah, pencahayaan merupakan kunci utama yang menentukan kualiti gambar. Intensiti cahaya mestilah bersesuaian - tidak terlalu terang, dan tidak terlalu cerah.


Pada pandangan kami, cahaya matahari sangat membantu beginners untuk ambil gambar dengan jelas. Tidak perlu bergantung kepada lampu yang mahal, pencahayaaan semulajadi juga mencukupi!


2. Fokus


Selain pencahayaan, gambar juga kena fokus. Sekiranya anda ingin orang nampak udang dalam gambar mee rebus anda, pastikan udang tersebut difokuskan. Jangan risau bab fokus, kebanyakan telefon pintar boleh bantu anda untuk adjust fokus sebelum tangkap gambar.


Tetapi, anda juga tidak boleh terlalu bergantung kepada fokus AI dalam telefon pintar. Hal ini kerana AI boleh sunting fokus anda sehingga gambar menjadi seperti kartun!


3. Redah je!


Terdapat pelbagai peraturan dan cara mengambil gambar. Sejujurnya, dalam mengambil gambar yang kreatif, kadang-kala, rules are made to be broken. Jadi, jangan terlalu risau sekiranya perspektif dan angle gambar anda sedikit berbeza daripada kebiasaan. Apa yang penting? Redah je! Jangan takut untuk mencuba dan bermain-main dengan perspektif.


12 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Commentaires


Post: Blog2_Post
bottom of page