top of page
  • Writer's pictureSiti Nur Amirah

Peralatan memasak tradisional yang telah jarang digunakan hari ini.

Updated: 19 Jan 2023





Perkembangan teknologi telah menyaksikan peralatan memasak zaman dahulu kala mula digantikan dengan peralatan moden seperti pengisar elektrik, thermomix, dan air fryer.


Tahukah anda, sebelum peralatan dapur moden ini tercipta, orang dahulu kala menggunakan peralatan memasak tradisional yang diperbuat daripada batu dan kayu? Ini koleksi peralatan memasak tradisional yang kini diganti oleh alat memasak moden.


Kukur kelapa



Kukur kelapa. Gambar hiasan daripada Facebook Kukur Kelapa


Nenek moyang kita dahulu sagat kelapa menggunakan kukur kelapa ini. Ia masih dijual di sesetengah tempat seperti di Pekan Rabu, Alor Setar. Cara menggunanya mudah, anda hanya perlu duduk dibahagian kayu, dan sagat kelapa di bahagian besi tersebut.


Batu giling



Batu giling. Gambar hiasan daripada Warisan Budaya Malaysia


Pernahkah anda terfikir bagaimana orang dahulu kala kisar rempah ratus dan cili sebelum memasak? Mereka giling rempah menggunakan batu giling seperti dalam gambar ini! Ia diperbuat daripada batu, dan sangat berat untuk diangkat.


Batu giling terdiri daripada dua bahagian, iaitu bahagian anak ( batu kecil yang digunakan untuk giling) dan ibu ( batu besar yang menjadi tempat bahan-bahan digiling)


Cara menggunakan batu giling adalah menggiling bahan-bahan menggunakan anak giling di atas ibu giling.


Batu kisar


Batu kisar. Gambar hiasan daripada Carousell


Zaman dahulu, batu kisar digunakan untuk mengisar beras, kacang, pulut, dan sebagainya, sebelum memasak. Fungsi batu kisar kini diganti oleh pengisar elektrik.


Batu kisar terdiri daripada dua bahagian, iaitu bahagian anak dan bahagian ibu. Bahagian anak adalah bahagian berlubang di mana bahan-bahan yang ingin dikisar dimasukkan. Bahagian ibu pula merupakan bahagian yang mengalirkan bahan yang telah dikisar.


Sebelum dikisa, bahan-bahan perlu direndam terlebih dahulu agar ianya lembut.


Penulis masih ingat saat-saat arwah nenek masih menggunakan ketiga-tiga peralatan moden ini. Beliau seringkali meminta cucu cucu untuk tolong beliau semasa menggiling dan mengukur santan. Kini, ketiga-tiga perkakasan ini telah digantikan oleh perkakas eletrik yang serba canggih dan moden.




Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


Post: Blog2_Post
bottom of page