top of page
  • Writer's pictureSiti Nur Amirah

Tanpa peti ais, begini cara orang dulu-dulu bagi makanan tahan lama

Updated: 21 Jan 2023




Sebelum peti ais dicipta, orang dulu-dulu kreatif dalam memastikan bahan makanan dapat disimpan dan kekal lama. Sedar tidak sedar, cara kreatif mereka ini juga mencorak makanan tradisional dan amalan pemakanan kita hari ini.


Di sini Majalah Kunyah kongsikan 2 cara orang dulu-dulu buat untuk pastikan makanan kekal tahan lama dan tidak mudah basi.


Pengeringan & Pemasinan



Ikan kering Sabah. Gambar hiasan daripada Shopee Masita Toto


Apabila sebut pengeringan, mesti kita terbayang ikan kering Sabah dan Sarawak yang enak dimakan bersama nasi panas, bukan?


Menurut Liputan6, proses pengeringan bertujuan untuk buang air yang terkandung dalam bahan makanan agar bakteria dan mikroorganisma tidak dapat membiak dalam makanan tersebut. Proses pemasinan pula merujuk apabila makanan dilumurkan dengan garam untuk menyingkirkan kelembapan, sama seperti pengeringan.


Di Malaysia, terdapat pelbagai makanan yang dikeringkan. Tetapi makanan kering yang muncul di minda kita adalah ikan kering, bukan?


Menurut Anim Hosnan, orang yang tinggal di pesisir laut akan mengeringkan ikan untuk dimakan semasa musim tengkujuh kerana semasa musim itu, nelayan tidak dapat turun ke laut kerana laut sentiasa bergelora.


Memetik Anim Hosnan lagi, ikan kering kebiasannya dibuat dengan cara merendam ikan di dalam air garam. Kemudian, ikan tersebut akan dijemur di bawah panas matahari, atau disalai di atas api perlahan.


Penjerukan



Ikan pekasam. Gambar hiasan daripada Iluminasi


Mesti anda tengah terbayang Jeruk Buah-Buahan Pak Ali yang terkenal di Pulau Pinang, bukan?


Tetapi tahukah anda bahawa ikan juga boleh dijerukkan?


Menurut Periuk.my, ikan air tawar seringkali dijerukkan untuk dijadikan sebagai pekasam di negeri-negeri Utara seperti Perlis, Kelantan, dan Perak. Selain di negeri utara, negeri-negeri lain juga mempunyai versi jeruk ikan mereka yang tersendiri seperti Bousou, Nonsom dan sebaganya.


Antara ikan-ikan air tawar yang sering kali dijerukkan adalah ikan sepat, ikan puyu, ikan tilapia, ikan keli, ikan haruan, dan ikan lomah.


Sesetengah orang berasa ikan pekasam ini masam, rasa seperti tanah, dan busuk. Tetapi secara peribadi, penulis lebih gemar makan ikan perkasam berbanding ikan kering.


Memetik Periuk.my lagi, ikan yang telah disiang dan dibersihkan akan dijerukkan dengan cara dilumur garam selama 36 jam. Kemudian, selepas 36 jam, ikan perlu dibasuh bersih. Selepas itu, sangai beras wangi sehingga keperangan, dan kisar beras tersebut bersama gula merah dan garam.


Ikan yang telah dibasuh itu kemudiannya perlu dilumurkan dengan bahan kisaran tadi, dan dijerukkan selama dua hingga 3 minggu dalam bekas yang kedap udara.


Ingin tahu cara lain orang dulu-dulu simpan makanan agar ia tahan lama? Komen di bawah untuk Bahagian 2!



16 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

留言


Post: Blog2_Post
bottom of page