Resipi Tengga Chutney versi Selvi Ellan
- Harinia Mathialagan
- 14 Jan 2023
- 1 min membaca
Updated: 19 Jan 2023

Gambar hiasan daripada Dassana Veg Recipes
Menurut Selvi Ellan ketika ditemu bual oleh Majalah Kunyah, cutni merupakan sejenis sos atau pes pekat yang dihasilkan menggunakan bahan-bahan segar.
Cutni kebiasannya dimakan bersama idli, tosai dan juga poori. Terdapat pelbagai jenis versi cutni yang wujud pada hari ini.
Menurut Selvi, antara cutni yang sering menjadi kegemaran orang ramai adalah ‘tengga chutney’ iaitu chutney kelapa dan juga ‘takkali chutney’ iaitu chutney tomato.
Dalam artikel kali ini, Selvi kongsi resipi Tengga Chutney yang beliau dan keluarga gemar makan bersama Idli. Resipi ini juga sesuai untuk vegan!
Resipi Tengga Chutney
Bahan A:
Biji sawi 1/2 sudu kecil
Daun kari
Cili kering 4
Bawang merah 2
Bahan B:
Kelapa parut 1/2 biji
Cili kering 8
Cili padi 4
Bawang besar 2
Bawang putih 3 ulas
Cara memasak:
Tumis bahan A dahulu selepas itu kisarkan bahan B dan tuangkan sekali dalam kuali dan biarkannya mendidih. Akhir sekali tambah sedikit garam dan gula sebelum dimakan bersama Idli.
Disunting semula oleh: Siti Nur Amirah
Comments