Menurut Nadarajan Iyer, terdapat beberapa bahan utama yang diperlukan untuk memasak Ponggal ini iaitu:
![](https://static.wixstatic.com/media/a78379_38a8e5731eb04b21a63989e5ce86c77d~mv2.jpg/v1/fill/w_573,h_457,al_c,q_80,enc_auto/a78379_38a8e5731eb04b21a63989e5ce86c77d~mv2.jpg)
Ponggal. Gambar hiasan daripada Selliyal
Bahan- bahan yang diperlukan:
Periuk Belanga Tanah Liat- Direndam Semalaman
Beras yang direndam- 1 Cawan
Minyak Sapi- 2 sudu teh
Gajus- ikut kesesuaian
Kismis- ikut kesesuaian
Susu Lembu- 2 cawan
Gula Melaka- ikut kesesuaian
Cara Penyediaan
1. Sediakan api arang dan letakan periuk belanga tanah liat ke atasnya.
2. Masukan minyak sapi setelah periuk menjadi panas dan kemudian masukan gajus dan kismis.
3. Gaul sehingga warna keemasan dan asingkan.
4. Masukan susu lembu dan biarkan mendidih.
5. Setelah susu mendidih masukan beras yang direndam dan biarkan sehingga masak.
6. Masukan gajus dan kismis yang diasingkan tadi dan gula melaka ikut kesesuaian anda.
7. Setelah pongal dimasak, hidangkan dahulu kepada sami dahulu sebelum makan.
Comments