Resipi Kelvaragu Puttu oleh Kannamma Thoppaiah
- Sri Abhirami
- 15 Jan 2023
- 1 min membaca
Updated: 19 Jan 2023
Berikut merupakan resipi kelvaragu puttu yang dikongsikan oleh Kannamma Thoppaiah, 73, kepada Majalah Kunyah

Gambar hiasan daripada Sharmis Passions
Bahan Yang Diperlukan
Tepung raghi
Garam
Vellam / Karupattai (gula manis)
Kelapa parut
Campuran garam dan kelapa air
Kelapa susu
Minyak sapi (sebagai perasa dan tidak wajib)
Cara Penyediaan
Campurkan tepung raghi dengan air dan garam
Semasa membuat doh, masukkan campuran air dan garam sedikit demi sedikit.
Pastikan doh tidak terlalu cair sangat dan tidak terlalu keras.
Masukkan kelapa parut dalam tempurung kelapa, kemudian masukkan doh.
Tuangkan air dalam periuk, seterusnya letak tempurung kelapa atas air.
Biarkan kelvaraghu puttu kukus sehingga wap keluar dari periuk Sebaik sahaja anda melihat wap keluar melalui lubang atas peruik, biarkan ia selama 5 hingga 6 minit. Selepas itu tutup api.
Hidangkan kelvaraghu puttu untuk hidangan mesra diabetes India yang sihat atau pisang untuk sarapan yang sangat lazat.
Disunting oleh Siti Nur Amirah
Sangat menarik.