Kheer. Gambar oleh Harinia Mathialagan
Tiga bahan utama untuk masak Kheer adalah beras, susu, dan gula. Beras yang sesuai untuk memasak Kheer adalah beras Basmati. Namun begitu, anda boleh sahaja menggunakan mana-mana nasi putih yang saiz sederhana atau panjang.
Memetik kenyataan Anesha dalam Spicy Cravings, Kheer ialah puding beras versi India Utara yang dibuat dengan cara memasak nasi dengan susu dan gula.
Di Malaysia, Kheer juga mempunyai pelbagai variasi. Sesetengah variasi Kheer memasukkan bahan seperti buah pelaga, kunyit, buah-buahan kering, kacang tanah, kismis, kacang gajus, kacang badam dan kacang pistachio.
Ingin cuba masak Kheer ketika bulan Ramadhan nanti? cubalah resipi Kheer yang dikongsikan oleh Sharanjit Kaur A/P Daljit Singh kepada Majalah Kunyah.
Resipi Kheer cara Sharanjit Kaur
Bahan-bahan yang diperlukan:
2 liter susu penuh krim
1 tin/400 gram susu pekat manis
1 sudu kecil. serbuk buah pelaga
1 cawan gula
1 cawan beras Basmati
50 gram badam dicelur dan dihiris
50 gram kismis
Beberapa helai kunyit
Cara memasak:
Rendam 1 cawan beras Basmati selama 20-30 minit
Sementara beras direndam, panaskan 2 liter susu penuh krim dalam peruk menggunakan api yang perlahan atau sederhana perlahan. Susu perlu dikacau dari semasa ke semasa. Kacau sehingga susu mendidih.
Tapis beras Basmati, kemudian masukkan beras yang direndam dalam susu yang telah mendidih.
Setelah beras hampir masak, masukkan susu pekat manis, gula, serbuk pelaga, kunyi, dan badam. Kacau hingga sebati, dan kemudian biar adunan masak sepenuhnya menggunakan api yang perlahan atau sederhana perlahan. Masukkan kismis, dan ianya sedia dihidang.
Disunting semula oleh: Siti Nur Amirah
Comments