Resepi Alo Poratha oleh Sharanjit Kaur
- Harinia Mathialagan
- 11 Jan 2023
- 1 min membaca
Updated: 19 Jan 2023

Aloo paratha. Gambar oleh Harinia Mathialagan
Bahan-bahan Inti:
3 hingga 4 kentang perlu direbus dan dilenyek
1 hingga 2 cili hijau dicincang halus
½ sudu teh serbuk cili merah
½ sudu teh garam masala
garam
minyak atau minyak sapi, seperti yang diperlukan untuk memanggang parantha.
Cara memasak Inti:
Rebuskan dan lenyetkan kentang sehingga lumat
Kemudian masukkan cili hijau yang dicincang, serbuk cili merah, garam masala dan juga garam.
Gaulkan semua bahan tersebut bersama kentang yang direbus dan dilenyet sehingga sebati dan biarkannya di tepi.
Bahan-bahan Doh Paratha:
2 cawan tepung gandum
½ sudu teh garam
1 sudu besar minyak atau minyak sapi
air mengikut keperluan untuk menguli
Cara memasak
Masukkan 2 cawan tepung gandum, ½ sudu teh garam dan 1 sudu besar minyak sapi lalu gaulkan sekali dengan air. (Air harus dituang mengikut keperluan untuk menguli)
Ulikan tepung tersebut sehingga ia menjadi doh. Selepas itu, biarkannya selama 20-25 minit.
Jadikan 2 doh tersebut ke bentuk bola lalu lemperkannya ke bentuk bulat (pastikan kedua-dua roti tersebut dalam saiz yang sama)
Seterusnya, letakkan sedikit ubi yang digaulkan tadi ke atas salah satu doh yang telah dilemperkan dalam bentuk bulat. Kemudian letakkan satu lagi doh tersebut ke atasnya.
Tekan penghujung seluruh bulatan tersebut.
Kemudian ulikan semula doh yang telah dimasukkan dengan ubi.
Panggangkan paratha yang telah diulikan tersebut sehingga ia bertukar rangup dan lembut.
Siap untuk dihidang.
Cadangan Hidangan Aloo Paratha menurut Sharanjit Kaur
Aloo paratha enak dimakan bersama mentega putih atau yogurt
Commentaires