Masala chai merupakan minuman tradisional India. 'Masala' bermaksud rempah ratus, manakala 'chai pula bermaksud teh. Dalam bahasa lainnya, masala chai adalah teh yang direneh bersama rempah ratus.
Kebiasaannya, masalah chai enak diminum pada waktu sarapan, dan juga ketika kunyah-kunyah petang.
Masalah chai sangatlah mudah dibuat. Bagaimanapun, terdapat pelbagai versi masala chai yang wujud di dunia. Ini merupakan resipi suri rumah, Puan Selvy Subramaniam yang beliau kongsikan dengan Majalah Kunyah.
Masala chai. Gambar oleh Siti Nur Amirah
Bahan- bahan
Serbuk masala chai atau tea lipton 1/2 sudu tea
Susu lembu (fresh)
Buah pelaga 2 biji
Gula (ikut kesesuaian)
Cara pembuatan
1. Panaskan susu lembu 1 cawan hingga didih
2. Kemudian campurkan serbuk tea/ serbuk masala chai
3. Masukan buah pelaga setelah diketuk bersama biji
4. Didihkan selama 1 minit
TIPS
Diminum ketika demam, musim sejuk dan batuk.
Bahan masala yang terdapat dalam minuman ini dapat melegakan rasa gatal ketika batuk
Pesakit gastrik tidak digalakkan untuk minum masala Chai keranan bahan dan biji yang terdapat dalam buah pelaga boleh menyebabkan pedih perut.
Disunting oleh Siti Nur Amirah
Comments