Bulan Ramadan akan tiba tidak lama lagi. Bagi umat Islam, berbuka puasa merupakan saat-saat yang dinantikan setelah seharian menahan lapar dan dahaga.
Kebiasaannya, umat Islam akan berbuka puasa dengan buah kurma terlebih dahulu kerana ianya merupakan sunnah Rasullah. Setelah itu, barulah kita akan makan makanan yang sedikit berat, seperti bubur.
Bagaimanapun, makanan ketika berbuka puasa selalunya tidak terlalu berat untuk elak rasa mengantuk dan letih ketika solat tarawikh.
Satisfy your taste buds dengan mencuba 3 makanan tradisional India yang mengenyangkan dan memberikan tenaga ini bersama insan yang tersayang.
Paneer Masala
Paneer masala. Gambar hiasan daripada Whisk Affair
Paneer merupakan sejenis keju yang dibuat daripada susu segar yang dipanaskan dengan bahan berasid seperti jus lemon, atau cuka.
Paneer Masala pula merupakan sejenis kari ala punjabi yang menggunakan keju paneer sebagai salah satu bahan utama. Keju ini tidak cair dalam kuah, jadi ianya amat sedap untuk dimakan kerana kuah tidak menjadi terlalu pekat atau stringy seperti keju barat. Paneer Masala juga sesuai dimakan dengan roti canai, dan roti nan
Aloo parantha
Aloo pratha. Gambar hiasan daripada Dassana's Veg Recipes
Menurut Sharanjit Kaur Daljit Singh ketika ditemu bual oleh Majalah Kunyah, aloo paratha ialah sejenis makanan Punjabi yang sering dihidangkan sebagai makanan sarapan pagi. Tetapi, aloo paratha juga boleh dimakan pada waktu petang.
Aloo paratha ialah roti kosong gandum tanpa ragi yang disumbat dengan inti kentang. Kebiasaannya dan roti kosong tersebut akan dibuat sendiri.
Tandoori
Tandoori. Gambar hiasan daripada Cubes n Juliennes
Antara salah satu makanan punjabi yang amat terkenal dan mudah didapati di Malaysia adalah Tandoori. Siapa sahaja yang tidak pernah makan ayam tandoori di restoran mamak, bukan?
Hari ini, Tandoori dijual secara meluas di hampir di setiap restoran Nasi Kandar di seluruh pelosok Malaysia.
Tandoori merupakan ayam panggang yang diperap dengan pelbagai rempah ratus seperti garam masala, kunyit, lada hitam, dan biryani masala. Ayam yang telah diperap kemudiannya dibakar dengan suhu yang tinggi dalam Tandoor, sejenis ketuhar seramik India. Secara tradisionalnya, tandoori dihidang dengan roti naan.
Kebiasannya anda masak ataupun foodhunting bersama insan yang tersayang sebelum iftar? Kongsikan bersama kami di ruangan komen!
Sumber ditemubual oleh: Harinia Mathialagan
Comentarios