top of page
  • Writer's pictureSiti Nur Amirah

Kenapa makanan tradisional dibalut dengan daun pisang?




Tak sama rasa nasi lemak dalam polisterin jika dibandingkan dengan nasi lemak daun pisang. Selain nasi lemak, rasa kuih tradisional seperti lepat pisang, tepung bungkus, dan tepung pelita juga lebih enak sekiranya ia dibalut dengan daun pisang, bukan? Tahukah anda kenapa makanan tradisional dibalut dengan daun pisang oleh orang dulu-dulu?


Untuk bungkus makanan agar mudah dibawa ke mana-mana


Pulut Inti yang dibalut dengan daun pisang, mudah untuk dibawa sebagai bekal. Gambar oleh: Siti Nur Amirah (Wartawan Kunyah)


Zaman dahulu tiada bekas plastik dan polistrin seperti hari ini. Menurut warga emas yang tertua di Kampung Titi Gajah, Alor Setar, Zakaria Ahmad, 94, selain nasi lemak, nasi putih juga dibalut dalam daun pisang untuk dibawa bekal oleh pesawah yang bekerja seharian di sawah padi. Ianya boleh dipakai buang, malah daun pisang boleh menampung kuah ketika makanan nasi kerana ianya sukar untuk terkoyak.


Untuk kekalkan rasa dan aroma makanan ketika dimasak



Gambar kuih-muih tradisional melayu yang dimasak dalam daun pisang. Gambar oleh: Siti Nur Amirah (Wartawan Majalah Kunyah)


Aroma makanan yang dibalut dengan daun pisang memang membangkitkan selera. Sedar-sedar sahaja kita bertambah sehingga berpinggan-pinggan. Menurut Times of India, daun pisang sering kali digunakan dalam masakan kerana ianya dapat melindungi makanan tersebut daripada hilang rasa aslinya ketika proses bakar, kukus, dan panggang yang kadang kala memakan masa yang lama. Dalam pada masa yang sama, makanan yang dimasak dengan daun pisang itu juga lebih beraroma.


Fungsi daun pisang dalam masakan ini bolehlah diibaratkan sebagai serampang dua mata mata: ia memberikan aroma yang wangi kepada makanan, dan dalam pada yang sama ia juga membungkus makanan untuk mudah di masak dan mudah dibawa ke mana-mana.


Sebagai ‘pinggan’ untuk menjamu selera



Nasi daun pisang yang dimakan secara tradisional oleh masyarakat India. Gambar ihsan pengikut Majalah Kunyah.


Nasi daun pisang sememangnya sinonim sebagai makanan tradisional masyarakat India di Malaysia. Nasi dan laun pauk yang di makan di atas daun pisang itu merupakan legasi amalan kepercayaan masyarakat Tamil dahulu kala yang mengagungkan alam semula jadi. Menurut Traditional Indian Way of Eating, masyarakat Selatan India mempercayai bahawa makanan yang dihidang atas daun pisang mampu menyembuhkan penyakit dan mengawal tingkah laku. Dalam erti kata lain, secara tradisinya, makan beralaskan daun pisang dianggap sihat sihat. Hal ini turut terbukti oleh kajian moden yang menunjukkan bahawa ianya mengandungi polyphenols, sejenis bahan yang menghalang pembentukan sel kanser, yang tinggi.



BONUS


Daun pisang juga merupakan bungkusan yang mesra alam sekitar. Sekiranya azam tahun baru anda ingin mengurangkan penggunaan plastik pakai buang, gunalah daun pisang!

Daun pisang yang dijadikan bungkusan di sesetengah pasaraya di Thailand. Gambar hiasan daripada Forbes.











152 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


Post: Blog2_Post
bottom of page