top of page
  • Writer's pictureSiti Nur Amirah

Kheer manisan punjabi yang sesuai ketika cuaca panas

Updated: 19 Jan 2023



Kheer. Gambar hiasan daripada Cook With Manali


Kheer adalah puding dalam bahasa Punjabi. Kheer juga dikenali sebagai payasam dalam bahasa tamil.


Dalam erti kata lain, Kheer adalah sejenis puding beras berkrim. Ia merupakan pencuci mulut klasik dalam kebanyakan perayaan masyarakat Punjabi dan masyarakat India yang dimakan semasa cuaca panas terik.


Tahukah anda?


Menurut Mishtann Food, ketika musim panas di India, pakar diet akan kongsikan makanan yang sesuai dimakan untuk kekal hidrasi. Antara makanan yang disarankan adalah Kheer!


Hal ini disokong oleh Only My Health yang menyatakan bahawa kheer sesuai dimakan semasa musim panas kerana ia dapat menyejukkan seluruh tubuh badan kita.


Manakala menurut Ayurveda, Kheer dapat menenangkan 'Pitta' dosha, sejenis tenaga yang mengawal metabolisma badan kita. Selain itu, bahan-bahan seperti gabungan buah pelaga, susu, safron, kismis, dan kacang dalam Kheer yang membantu puding ini untuk menyejukkan badan kita.


Selain semasa cuaca panas, anda boleh makan Kheer sebagai manisan selepas makan tengah hari atau makan malam juga. Ia juga sedap dimakan begitu sahaja.


Asyik makan ais krim je semasa cuaca panas. Selepas ini makan Kheer pula ketika cuaca panas tau!





17 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


Post: Blog2_Post
bottom of page