top of page
  • Writer's pictureSiti Nur Amirah

Ada perbezaan ke di antara cekodok, cucur, dan jemput-jemput?

Updated: 18 Jan 2023



Apabila orang utara merantau di selatan tanah air, mesti perbezaan istilah cekodok, cucur, dan jemput-jemput menjadi antara perbahasan wajib ketika berborak.


Sebenarnya, ada perbezaan ke di antara ketiga-tiga istilah ini?


Cekodok VS cucur di Utara


Di utara, cekodok bermaksud cekodok pisang yang digoreng seperti dalam gambar di bawah. Manakala cucur pula bermaksud kuih yang diperbuat daripada bancuhan tepung yang digoreng.


Contohnya di orang di Pulau Pinang hanya memanggil cekodok untuk cekodok yang berasaskan pisang yang dilenyek sahaja.


Di selatan tanah air, bagaimanapun, memanggil cekodok tersebut sebagai cekodok pisang.


Manakala, masyarakat di pulau pinang memanggil cucur sekiranya adunan tepung terseput mengandungi bahan lain selain pisang yang dilenyek seperti cucur udang, cucur ikan bilis, cucur jagung, cucur bawang, cucur kucai, cucur kelapa, dan pelbagai lagi.


Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka pula, cekodok hanya merujuk kepada cucur yang diperbuat daripada adunan tepung dan pisang sahaja.


Jadi, dalam erti kata lain, istilah cekodok yang diguna pakai di Utara tanah air adalah lebih sesuai dan lebih tepat di sisi pakar bahasa.


Orang Utara panggil cucur COQ

Jemput-jemput itu apa pula?


Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, jemput jemput adalah kuih yang dibuat daripada tepung dengan pisang, gula, garam dan sebagainya, dan adunan kuih tersebut digoreng dengan minyak yang penuh. Adunan kuih ini digoreng dengan cara dijemput sedikit-sedikit.


Dalam erti kata lain, jemput-jemput hanyalah nama lain bagi cekodok dan cucur.


14 negeri dalam Malaysia menggunakan istilah yang berbeza bagi menggambarkan kuih tradisional yang sama. Itulah keunikan budaya dan makanan di Malaysia!


https://daridapur.com/wp-content/uploads/2020/01/resepi-cekodok-pisang.jpg
Ini adalah cekodok yang mengandungi pisang yang dilenyek. Gambar oleh: Nurul Ain Japri

:

Idea asal: Nurul Ain Japri

1,513 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


Post: Blog2_Post
bottom of page