Cucur manis stick
dapat makan cucur panas-panas sambil layan suasana petang mesti best kan. Lagi-lagi sekarang musim hujan waktu petang pulak tu lagi ngam tambah padu dihidang dengan teh O panas memang layan!
Penat balik kerja mesti rasa nak makan sesuatu tapi taknak membazir duit beli dekat luar kan? Ha meh sini saya kongsikan lima jenis resipi yang sempoi nak buat dan tak memerlukan banyak bahan untuk masak!
Satu je tips nak kongsi kalau nak dapat hasil yang elok dan tak bergumpal. Pastikan guna air panas yang baru mendidih supaya adunan tidak melekat dan lembik. Kalau tidak nanti susah nak bentuk.
Sedap dicicah dengan susu pekat manis. Tapi kalau ada nutella lagi sedap!
Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
1 cawan air panas (mendidih)
1 sudu besar gula
Secubit garam (secukup rasa)
Cara memasak
Satukan semua bahan dalam mangkuk adunan
Gaul sehingga sebati (guna sudu) nanti melecur tangan
Tunggu adunan sehingga suam lepastu bentukkan sesuai keinginan masing-masing
Masukkan minyak masak setengah kuali dan panaskan
Goreng menggunakan api sederhana supaya cucur masak sekata
Siap untuk dihidang!
2. Cucur manis bong-bong
Resepi ini pernah viral suatu ketika dahulu kerana cara pembuatan yang sedikit berbeza dari cucur yang lain. Haa apa yang beza tu? Cubalah cari dalam cara memasak di bawah! Cucur ini sedap dicicah dengan kuah kacang ataupun sos.
Bahan-bahan
Satu cawan tepung gandum
Satu cawan air panas
¼ cawan susu pekat manis
Secubit garam (secukup rasa)
Cara memasak
Campurkan tepung bersama garam dan susu pekat manis
Tuang air panas sedikit demi sedikit dan kacau
Kacau adunan sehingga pekat dan tidak melekat dalam mangkuk adunan
Biarkan doh sejuk
Panaskan minyak dalam kuali yang kecil dan pastikan minyak betul-betul panas dengan api sederhana
Pastikan tangan sedikit basah dan ambil adunan secukupnya untuk digoreng (goreng satu persatu)
Adunan ini akan kembung dengan sendiri apabila digoreng
Toskan minyak dan siap untuk dihidang!
3. Cucur Telur
Mesti ramai yang tidak pernah dengar dengan cucur telur ni kan? Dekat gerai pon kita tidak pernah nampak selalunya telur rebus goreng dicampur dengan cucur udang kan. Cucur ini sesuai dibuat waktu tengah hari dan dimasak untuk minum petang. Haa sini saya kongsikan resepi cucur telur!
Bahan doh
Dua cawan tepung gandum
½ sudu besar planta
Telur sebiji
Air garam setengah cawan (dua cubit garam)
Bahan Inti
Daun kucai (ikut selera)
Bawang besar 2 biji
Telur 2 biji
Cili (ikut kepedasan sendiri)
Cara membuat doh
Larutkan tepung dengan telur dan planta
Masukkan air garam sedikit demi sedikit sambil gaul doh
Buatkan doh bulat kecil-kecil sehingga doh habis
Restkan doh yang telah disapu planta selama 5-6 jam (letak dalam peti ais pon boleh)
Cara membuat inti
Potong semua bahan inti
Panaskan kuali dan letakkan semua bahan yang telah dipotong biarkan air bawang menjadi kering
Pecahkan telur dan masukkan secubit garam bagi penambah perisa.
Cara memasak
Keluarkan doh di dalam peti ais dan biarkan selama 10 minit sebelum canai
Canai atau leperkan doh dan letakkan inti di tengah
Balut macam murtabak
Sebelum goreng sapu planta pada permukaan doh yang sudah dibalut
Goreng dalam minyak yang penuh sampai doh tenggelam
Siap untuk dihidang
4. Cucur Ayam
Cucur ini sesuai untuk budak-budak, lagi-lagi ada ayam di dalam kan.Letak di luar waktu petang sambil budak-budak main tu tangan laju je ambil makan kan.
Bahan-bahan
Ayam bahagian dada
Bawang merah dihiris dadu
Cili merah
Daun kucai, daun bawang dipotong
Secubit garam
Telur ikut jumlah ayam yang digunakan
Cara memasak
Rebus ayam bagi empuk
Racik ayam sehingga menjadi kepingan kecil
Campurkan semua bahan dan gaul sehingga sebati
Panaskan minyak dan goreng dengan api perlahan.
5. Cucur bilis bawang
Hidang cucur bilis bawang ni dengan sos cili rasa sedap terangkat. Paling sedap makan panas-panas dengan kerangupan dari ikan bilis. Tanpa sedar kenyang terus perut makan cucur ni kan
Bahan-bahan
Ikan bilis
taugeh , kucai
Bawang besar 2 biji dipotong dadu
4 cawan tepung gandum
4 cawan air panas (mendidih)
Satu sudu kecil garam
Cara memasak
Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk adunan dan tuang air panas ke dalam
Panaskan kuali, sementara minyak panas kepalkan menjadi bulat dan goreng
Siap untuk dihidang.
Comentarios