top of page
  • Writer's pictureKirubasani A/P Nadarajan

Kebaikan cendawan tiram buat organ dalaman kita

Updated: 19 Jan 2023


Tahukah anda bahawa terdapat 200 spesis cendawan di seluruh dunia.


Menurut Hello Doktor, cendawan tiram merupakan sejenis tiram yang kini banyak dibiakkan dan boleh dimakan di dunia. Cendawan tiram juga dikenali sebagai spesies Pleurotus.


Cendawan Tiram ini dapat memberi khasiat dari segi perubatan dan makanan kepada manusia. Malah, ia juga menjadi antara sumber protein dan serat penting buat pengamal vegan.



Cendawan tiram. Gambar Hiasan daripada Pasar Man.


Tahukah anda, kebanyakan makanan tradisional versi vegan menggunakan cendawan bagi menggantikan protein seperti ayam dan daging?


Selain daripada cendawan enoki, masyarakat juga gemar untuk merasakan cendawan tiram. Rasa kelazatan cendawan amat digemari ramai, terutama apabila dimasak secara celup tepung.


Mari kita melihat kebaikan cendawan tiram dari aspek kesihatan.


Meningkatkan imuniti


Menurut Root Of Science, cendawan dapat meningkatkan tahap imunisasi melalui komponen protein yang dikenali sebagai Lektin. Dalam konteks ini, Lektin tersebut dipercayai dapat bertindak balas sebagai perangsang untuk sistem imun manusia dan anti- kulat.


Tumbuh- tumbuhan dipercayai dapat meningkatkan sel- sel kita dan mempertahankan tubuh daripada penyakit. Menurut JiwaSihat, cendawan dapat mengubati penyakit berbanding pengambilan Vitamin C.


Mencegah Kanser


Cendawan mengandungi karbohidrat dan antioksida yang tinggi seperti Vitamin E. Menurut Menurut Root Of Science, perkara tersebut dapat melawan atau meneutralkan radikal dengan mudah melalui corak pemakanan.


Antara penyakit kanser yang dapat dicegahkan adalah seperti kanser leukemia, kanser kolon, kanser hati, kanser perut, kanser payu dara dan sebagainya.


Malah, terdapat juga beberapa kajian yang telah membuktikan bahawa cendawan dapat mengubati kanser.


Manakala, menurut Jurnal Antarabangsa Onkologi (2008), menyatakan bahawa cendawan dapat membantu mencegah penyebaran sel kanser ke bahagian lain.



Cendawan goreng tepung. Sumber: Kirubasani Nadarajan


Kesihatan jantung dapat dijaga.


Terdapat satu kajian yang menjelaskan bahawa kadar natrium yang rendah dan kadar kalium-magnesium-kalsium yang tinggi dapat mengawal tekanan darah (Root Of Science).


Menurut JiwaSihat, serbuk cendawan tiram dapat menurunkan kadar kolesterol total 12% dan kolesterol LDR 19) apabila seseorang pesakit hipertensi mengamalkan sebanyak 3 gram sehari selama 90 hari.


Memang tidak dinafikan bahawa cendawan mengandungi pelbagai khasiat dari segi Vitamin. Hal ini dapat membantu kita untuk menjaga jantung dengan baik.


Cendawan mempunyai pelbagai kebaikan seperti menjaga sistem imun, untuk pengaliran darah, kaya dengan antioksida, mengawal kadar gula dan sebagainya. Cendawan merupakan antara tumbuh- tumbuhan yang mengandungi pelbagai khasiat.


Kini, ramai pengusaha kecil yang mula membuat perniagaan berasaskan cendawan. Ada diantara mereka yang memastikan perniagaan tersebut mesra vegan agar ianya dapat dinikmati oleh ramai orang.




Sumber: Kirubasani Nadarajan


Sumber:


17 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


Post: Blog2_Post
bottom of page