top of page
  • Writer's pictureSiti Nur Amirah

Begini cara jual dan lauk nasi kandar ratusan tahu lalu

Updated: 17 Jan 2023

Jom Lepak Mamak!

Bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan, begitulah peribahasa yang dapat menggambarkan lambakan restoran mamak yang beroperasi di seluruh pelosok tanah air.


Restoran yang beroperasi selama 24 jam ini mudah untuk dijumpai, malah menawarkan menu yang hampir sama sahaja, dan dibanjiri oleh pelbagai lapisan masyarakat majmuk.

Nasi Kandar Hameediyah merupakan anda restoran tertua di Pulau Pinang yang sentiasa jadi tumpuan pelancong. Gambar: Nurul Ain Japri


Pernahkah anda terfikir bagaimana makanan tradisional India Muslim ini mula menjadi popular di negara kita?


Cara asal nasi kandar dijual dahulu


Asal usul makanan tradisional India Muslim seringkali diperdebatkan. Ada yang mendakwa makanan ini diperkenalkan oleh masyarakat India Muslim yang dibawa masuk oleh penjajah British.


Namun ada juga yang turut mendakwa bahawa ianya diperkenalkan oleh saudagar-saudagar India muslim yang berdagang di Tanah Melayu suatu ketika dahulu.


Penulis Omar Affandi dalam artikelnya ‘Sejarah Mamak dan Restoran Mamak yang Menjadi Gaya Hidup Masyarakat Malaysia”, makanan tradisional India Muslim ini diperkenalkan oleh masyarakat India Muslim yang berdagang di sekitar kawasan pelabuhan Kuala Kedah dan Georgetown sejak dari awal abad 18-an.


Makanan seperti nasi kandar dijual oleh peniaga India Muslim pada waktu pagi, dan ianya bermula sebagai makanan golongan bawahan dan pertengahan seperti pekerja pelabuhan dan buruh kasar.


Menurut kenyataan yang dipamerkan di Muzium Pulau Pinang pula, Nasi Kandar dikatakan berasal daripada negara India, dan ianya dijual di tepi jalan oleh peniaga India Muslim secara mengandar.



Cara nasi kandar dijual dahulu. Gambar hiasan daripada Penang Kini


Mengandar merupakan cara peniaga menjual nasi kandar dengan cara membawa dua periuk dalam dua bakul rotan yang digalas dengan kayu.

Kedua-dua periuk ini mengandungi nasi putih yang beraroma, kari, dan sayuran. Inilah sejarah awal restoran mamak yang kita kenal pada hari ini.


Menurut Generasi Ketujuh Perniagaan Hameediyah, Ahamad Seeni, dahulu, sama seperti hari ini, aroma nasi dan lauk-pauk yang dijual secara mengandar ini menaik selera semua golongan masyarakat pada ketika itu tanpa mengira kaum.


Lauk asal Nasi Kandar


Kari sotong, kuah banjir merupakan antara kuah lauk nasi kandar yang digemari. Tapi tahukah anda bahawa menu asal nasi kandar hanya terdiri daripada 4 lauk sahaja?


Menurut Masril Mat Rosdi dalam artikelnya ‘Benarkah Nasi Kandar Merupakan Makanan Buruh?”, nasi kandar pada asalnya hanya terdiri daripada nasi dalam kuantiti yang banyak, lauk kari ikan, ikan goreng, dan bendi.



Menu nasi kandar moden masih tidak melupakan 4 lauk asal iaitu gulai, ikan goreng, nasi, dan bendi rebus. Gambar hiasan daripada Erena Takeuchi


Menu nasi kandar moden yang dijual pada hari ini seperti kuah campur banjir, ayam goreng mamak, kari kambing, gulai sotong dan sayur peria goreng merupakan masakan mamak, dan bukannya menu asal nasi kandar.


Dan yang paling penting, nasi kandar pada asalnya dijual pada harga mampu milik, dan bukannya seperti hari ini di mana harga nya mencecah belasan hingga puluhan ringgit!


Tak lengkap pelancongan di Pulau Pinang sekiranya tidak singgah makan di restoran mamak. Restoran mamak yang manakah anda gemar kunjungi di Pulau Pinang? Kongsikan dengan Majalah Kunyah di ruangan komen!







8 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


Post: Blog2_Post
bottom of page