top of page
  • Writer's pictureSiti Nur Amirah

3 Kuih Tradisional mudah dimasak di pagi Hari Natal





Hadiah yang paling bermakna adalah makanan homecook yang dimasak dengan penuh kasih sayang untuk insan teristimewa. Bersempena sambutan Hari Natal tahun ini, Majalah Kunyah kongsikan 3 resipi kuih tradisional yang mudah dimasak di pagi Hari Natal. Selamat mencuba!


Kuih Onde-onde

1 biji, 16 gram = 40 cal

Di utara, kuih onde-onde juga dikenali sebagai buah melaka




  • 5 helai daun pandan ( boleh ganti dengan ekstrak pandan)

  • 1/4 sudu kecil perwarna hijau

  • 1 ½ cawan air ( untuk dikisar bersama daun pandan)

  • 1 cawan tepung pulut

  • 2 sudu besar tepung beras

  • gula melaka

  • 2 ½ cawan air

  • 1/2 biji kelapa parut

  • garam

Cara Memasak:

  1. Kisar daun pandan bersama 1 ½ cawan air. Tapis bahan yang dikisar, ambil air pandan yang dikisar. Sekiranya anda menggunakan ekstrak pandan, bancuh ½ sudu kecil ekstrak pandan ke dalam 1 ½ cawan air.

  2. Tuang air pandan sedikit demi sedikit ke dalam adunan tepung beras. Masukkan pewarna hijau ke dalam adunan.

  3. Uli adunan sehingga menjadi doh.

  4. Potong gula melaka dalam bentuk kiub kecil.

  5. Ambil secubit doh, uli dalam bentuk bulat. Kemudian, letak kiub gula melaka di tengah doh, dan tutup doh dengan cara menguli doh menjadi bulat.

  6. Panaskan 2 ½ cawan air dalam periuk sehingga mendidih. Masukkan doh yang telah diuli tadi. Biarkan sehingga doh terapung. Doh terapung itu tandanya ianya telah masak.

  7. Sementara menanti doh masak, gaul kelapa parut dengan garam secukupnya. Kelapa parut boleh dikukus terlebih dahulu sebelum digaul dengan garam. Jika tidak kukus juga tidak mengapa.

  8. Apabila doh telah terapung, terus angkat doh, dan gaulkan dalam adunan kelapa parut. Onde-onde siap untuk dimakan!


Kuih sagu kelapa

1 biji, 92 gram = 130 cal



1 cawan sagu biji yang telah direndam

4 cawan air masak yang dididihkan di atas dapur

½ cawan gula

1 sudu kecil sirap ros

Kelapa parut

Garam

Cara memasak:

  1. Rendam sagu selama 30 minit. Kemudian, tapis sagu dan masukkan dalam 4 cawan air masak yang mendidih di atas dapur.

  2. Kacau sagu tersebut sehingga warna bertukar jadi jernih. Setelah jernih, masukkan sirap ros dan gula. Kemudian kacau lagi sehingga sagu menjadi pekat.

  3. Tuang sagu yang pekat itu dalam loyang atau bekas acuan. Biarkan sejuk

  4. Kukus kelapa parut, kemudian gaulkan kelapa parut dengan garam,

  5. Apabila sagu sejuk, gaul sagu dalam adunan kelapa parut dan garam.

Tips:
Resipi kuih sagu kelapa ini boleh diolah untuk masak kuih sagu gula melaka. Ketika masak sagu, pastikan sagu diangkat sebelum ianya menjadi pekat. Kemudian, masak susu sejat dan 1 ½ cawan air bersama daun pandan. Seterusnya, panaskan gula melaka, daun pandan, dan sedikit air. Tuang adunan gula melaka dana adunan susu sejat ke dalam mangkuk yang berisi sagu, dan ianya siap dihidang!

Kuih Qasidah Utara

1 biji = 107 cal


1 cawan tepung gandum

2 ½ cawan air

¼ cawan gula

1 sudu teh air kapur makan

5 ulas bawang merah

Garam

Cara Memasak:


1. Bancuh tepung gandum, air, gula, garam, dan air kapur. Gaul adunan sehingga sebati, kemudian masak ia menggunakan api yang perlahan.

2. Kacau adunan sehingga pekat dan berkilat.

3. Tuang adunan yang telah pekay ke dalam loyang atau acuan. Pastikan loyang atau acuan telah disapu dengan minyak untuk elak daripada melekat.

4. Hiris bawang nipis-nipis. Gaulkan hirisan bawang dengan garam secukupnya, kemudian goreng hingga kekuningan.

5. Setelah masak, tuang bawang yang telah digoreng ke atas qasidah. Selamat mencuba!


5 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


Post: Blog2_Post
bottom of page